Membuat rangkaian - networking untuk Wireless Broadband

Ramai orang menganggap wireless broadband seperti Celcom Broadband hanya boleh digunakan untuk satu komputer sahaja. Tetapi tanggapan itu silap kerana anda sebenarnya boleh berkongsi internet sehingga lebih dari 5 orang dengan hanya menggunakan 1 modem sahaja. Saya akan tunjukkan caranya untuk membuat networking tersebut.
Untuk membuat networking, satu komputer diperlukan untuk dijadikan server.. Komputer tersebut akan sambung kepada internet secara terus dan akan berkongsi talian dengan komputer lain melalui local area network (LAN).Ikuti langkah - langkah berikut:



  1. Di network Connection, sila klik kanan pada wireless modem anda dan pilih properties
  2. Pilih tab ‘advance’ dan tap pada ‘allow other network users to connect’ seperti di bawah dan tekan ok
 

3. Pilih local area connection (LAN) di network connection dan pilih properties
4. Sila isikan nonbor ip seperti dibawah ini dan tekan ok.


5 Sambungkan wayar LAN pada komputer anda terus ke Wireless router. Sila setup wireless router anda kepada ‘ Automatic configuration – DHCP’


 6.Selesai dan sekarang anda boleh berkongsi satu bradband dengan lebih dari 5 orang pengguna.