Mengenali Komponen asas Komputer
Casing :
pelindung sistem dan komponen dari debu,kotoran dan benda-benda yang dapat menyebabkan kerosakan pada sistem komputer, dan tempat berbagai komponen di letakkan.
Power Swith (tombol ON/OFF)
merupakan set bahagian yang menghubungkan komputer dengan daya eletrik.
Motherboard/Mainboard (Papan Induk)
merupakan bahagian terpenting dari komputer dimana komponen-komponen pendukung seperti memori , keyboard, mouse, kad video/suara, modem melekat. Dan berfungsi sebagai jantung untuk setiap komponen Inpu-Output [I/O]. Mempunyai berbagai tipe dan jenis tergantung tipe prosesor dan memori.
Processor (CPU)
merupakan otak kepada sistem komputer. Didalamnya terdapat jutaan bahkan milion komponen transistor, diod, resistor.
Memori (RAM - Random Access Memory)
berfungsi sebagai perakam kegiatan, data dan aplikasi selama komputer bekerja (VOLATILE) dan dialiri listrik.
Hardisk
berfungsi menyimpan sistem operasi, aplikasi/program dan data.
Floppy Drive
berfungsi untuk membaca/menulis data ke dalam media disket
CD-ROM/DVD-ROM
untuk membaca media cakera CD/DVD, CD-Writter/DVD-Writter dapat membaca dan menulis kedalam media CD/DVD
Power Supply
Bekalkan kuasa elektrik kepada semua komponen
Mouse
Mouse adalah alat yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer selain papan ketik.
Keyboard
Keyboard adalah Alat input yang digunakan untuk mengetik informasi ke dalam komputer dan menjalankan berbagai arahan atau perintah ke dalam komputer.
Monitor
Monitor komputer merupakan sejenis peranti perisian output yang berupaya memaparkan aksara atau imej, samaada pegun atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik. Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri. Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Lebih banyak bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan.